10/17/2013

Warded.

Sebenarnya benda ni dah lama. Sekarang baru emosi stabil nak tulis pasal ni.
3 September adik perempuan aku warded kat HKL. Permulaan kisah sebelum kena warded ni dia demam biasa lepas tu membawa kepada demam teruk sampai muntah lemah longlai pucat seminggu.
2 September malam pergi hkl terus. Konon nak cek biasa je, sekali pucat lesi longlai terus doktor nasihat admitted. Amik darah segala bagai. Suspek denggi. Ok lah. Keesokan hari aku pergi lah melawat seperti biasa. Memang teruk. Separa sedar sebab terlalu panas satu badan. Darah memang tak tahu la selang berapa jam kena cucuk kan.

Selepas seharian tunggu keputusan ujian darah, yang dari awalnya hanya suspek demam denggi dapatlah keputusan sebenar. Yang mana demam panas itu disebabkan oleh demam denggi berduet pula dengan simptom leptospirosis atau lebih  mudah dikenali sebagai virus kencing tikus.

Dangggg !!!!!!

Terkesima kami sekeluarga. Yang paling teruk emosinya of course lah mak aku. Aku dapat berita pun selepas waktu kerja. Perjalanan balik, hujan. Memang penambah dramatik lah kan. Dalam hati waktu tu. Allah je tahu macam mana, speechless. Segala benda semua tak terluah dah. Ligat dalam kepala fikir pasal mati. Macam mana kalau tak sembuh dia, sakit dia....macam mana kalau tak panjang umur adik aku tu. Masa tu lah semua kenangan menari-nari depan mata. Kami lapan beradik tapi antara adik perempuan. Dia yang paling rapat dengan aku, faham aku. Sakit aku,kawan gaduh aku..selalu dengan dia. Dan sebelum dia demam ditakdirkan aku berselisih faham dengan dia. Tak bertegur sapa. Sebab kitorang memang selalu macam tu tapi tak lama. Bila teringat pasal tu. cepat-cepat aku maafkan dia. 

Semua am nya tahu. Kalau kencing tikus ni memang rumit. Boleh membawa maut. Rupanya ada ubat untuk virus ni, kalau didetect awal lah. Yang membawa maut kalau kita biar lama sehingga virus menular dan efek kepada organ dalaman. Yang dapat berita umur tak panjang tu mungkin lambat detect. Kadang kita ingat demam biasa kan. Yelah, virus tu bukan terus muncul gitu. Dan lepas kami semua dah tahu pasal ni. Berusahalah kami adik beradik carikan ubat. Segala jenis air penawar.

Perkara paling dilema aku saat itu adalah anak. Yee, mana aku nak kejarkan kerja lepas tu adik kat hospital lepas tu anak lagi takde orang jaga. Allahurabbi. Aku blank. Pergi kerja dengan keadaan yang segalanya serabut. Suami dah cuti empat hari dan hanya boleh extend cuti sehari je lagi. Dengan perasaan bercampur-campur aku nekadkan diri apply cuti yang berbaki 3 hari. Company aku kedekut. cuti tahun memang tak banyak. itu penting untuk aku highlight kan. Dengan titisan air mata aku apply cuti, dengan suara yang rapuh berbaki sisa air mata aku jumpa HR manager untuk dipertimbangkan. Memandangkan ofis aku memang tak mesra dan tak kisah pasal sakit susah orang,aku kena redha je apa dorang nak mengata pasal aku.

As expected, banyak cerita tak elok pasal ini. Aku memilih untuk tidak peduli. Sakit hati tu tetap ada. Bayangkan, adik aku tengah bertarung sakit kat hospital entahkan kritikal entah tak tahu macam mana keadaan dengan anak aku lagi, orang sibuk suruh duduk ofis buat kerja. Ape tuhhh. takde secubit rasa simpati ke dalam diri tu eh. Haihh. aku tabah dan keraskan hati untuk bercuti. Hal selain keluarga aku memang aku abaikan terus dah.

Dan sebagai yang ketiga tua dalam keluarga, aku take over semua tanggungjawab mak aku uruskan adik-adik. Mak memang masa sepenuhnya dekat hospital. Satu hal pasal kami adik beradik, kalau sakit memang nak mak je jaga. Walaupun sudah berkahwin, nak beranak pun nak mak ada kat sebelah. Bukan sorang dua. SEMUA lapan beradik.

Hari kedua, aku ke hkl untuk melawat dan hantar segala keperluan emak dan adik. Aku dengan abg sulung aku memang awal-awal dah pesan,kena tunjuk happy depan adik aku ni. Yelah, orang sakit dah tu pulak dah tahu sakit apa, efek dia macam mana. Kena la ceriakan dia,bagi semangat jangan sedih.Sebab dia dah hilang semangat bila rasa hidup tak lama mana dah. Dia sendiri dah fikir mati bila dapat keputusan darah hari tu.

Yes, semua kena letak mindset 'ahh,kau takde pape ni. esok kau sehat lah'...bukan senang,tapi aku cuba. Depan dia aku gelak tak masal, mcm takde point. Tapi aku cuba, lepas keluar dari wad, turun je lif laju jugak air mata aku turun. Besar dugaan Allah bagi kami sekeluarga kali ni. Cukup besar. Alhamdulillah, hikmahnya Allah eratkan lagi kasih sayang kami adik beradik.

Lebih kurang lima hari berkampung dekat ward yang pelbagai kerenah orang sekeliling. Oh, ada juga cerita kelakar. Ada seorang aci katil sebelah adik aku ni siap suruh laki dia beli kipas haaa. sebab kipas ward hkl tu faham faham je la tua dia sama je dengan bangunan dia tu kan. So, esok pagi subuh sepiee laki dia datang beli 2 bijik kipas berdiri okehhhhh. Dah macam rumah dia aku tengok.
Sorang lagi nyonya, doploh pat jam merengek sakit. Kaki dia patah dah tu ada kencing manis pulak. Asik cuit mak aku takpun siapa lah yang ada dekat sebelah dia. Kesian sangat. Tapi, aihh. apa je kita boleh buat kan. Tapiiiii...kelakar! Bukan sebab sakit aku cakap kelakar ni. Sebab kerenah dorang. itu je.
Mana la doktor- doktor nurse-nurse gomen ni tak angin je manjang kan. Kita sibuk la dok complain service dorang. Ehh, tapi kadang dorang over jugak. memang patut pun kena complain. 

Ok, selepas lima hari dekat wad dan campur seminggu bed rest dekat rumah, Alhamdulillah. Adik aku sihat sepenuhnya. Berkat doa usaha dan semangat bersama. Kami sefamily pun lebih berhati-hati kalau makan diluar atau beli barang dekat mana-mana lah. Tapi, kalau kata Allah 'kun fa yakun' jadilah ia. Kalau tertulis itu sakitnya. Semua nya ketentuan Allah. mesti ada hikmah disebalik segala kejadian.
Dengan dugaan macam ni, aku hanya mampu ucap Alhamdulillah dan syukur.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.