“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Sunat bagi umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha lebih dari Hari Raya Puasa. Lupa source dari mana, tapi ada baca. Dulu pun aku ingat raya haji ni biasa je (istilah kebanyakkan orang, panggil raya haji sebab ingat raya untuk orang buat haji, kita takyah raya sangat - ignorant kan) yea, tapi ini budaya kita. Dari kecil bila tanya pasal raya haji, mesti orang-orang tua akan cakap macam tu. Mungkin kurang pencerahan dari segala sudut atau malas untuk mencerahkan. Jadi kita pun tadah je la kepercayaan macam ni. Tidaklah semuanya salah tapi kurang ketepatan. Tak gitu. Bila dah agak matang sekarang ni dan banyak pulak medium untuk pencerahan baru la terbukak minda untuk mendalami agama dan sunnah.
Bersempena Aidiladha, ingatlah pengertian dan hayati maksud pengorbanan. Seperti mana kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail as dalam memenuhi perintah Allah swt.
Pada aku sendiri raya kami agak terlalu bersederhana, suami kurang sihat. Pengorbanan aku sendiri untuk keluarga kecil aku. Mungkin aku nampak agak tak berapa nak tunjuk emosi risau sedih bagai. Tapi dalam hati..Allah lebih mengetahui. Well, itu sahaja. Selamat berkorban.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.