10/31/2013

Orang Baik

Permulaan hari aku sejak ada anak kalau waktu kerja adalah bermula dengan perasaan malas.
Sebab, anak sedap tidur kat sebelah..celik mata je dia senyum dulu....tak pernah lagi grumpy kalau bangun tidur. Belum lagi kot. Seronok kan tengok. Sweet jee. Haruslah malas nak pergi kerja.
Ok, aku bangun jugak macam biasa. Kadang awal kadang lambat. Kurang consistency sket. Mihmih. 

Macam biasa la, kalau aku keluar rumah lewat 5 minit, memang jalan sesak satu hal lepas tu public transport payah dua hal. Hidup di kota metropolitan ni memang susah dijangka. ayat maria mariana sgt- metropolitan bagai. 

Aku decide naik teksi terus. Yea, aku lambat. Dalam perjalan pakcik teksi ni memulakan tajuk perbualan. Isu semasa yang hangat sekarang ni. Kes pegawai bank kena tembak dan pembunuhnya masih bebas dan mungkin sedang berjoli dengan duit yang dia dapat. Yea, nyawa manusia sekarang macam murah. Senang sangat kes bunuh membunuh. Dipendekkan cerita pakcik ni dia bekas pegawai operasi sekuriti. Bermulalah sedikit sebanyak kisah hidup dia. Orang susah. Keluarga di kelantan dia merantau hidup di KL, anak bini di kampung. Dia mengaku dia tak pandai. Cakap english tak reti. Dengan dialek Kelantan yang pekat tu pun dah boleh agak. Rupanya masih baru bawak teksi. 

Sampai la dia bercerita hal keluarga, hati aku tersentuh. Hati mak mak. memang senang nak tesentuh sentimental bagai ni. Dia mula cerita pasal anak, anak-anak dia pandai semuanya ada 3 orang. Yang sulung masuk pertandingan pidato berbahasa arab peringkat negeri dan semua anak dia masuk mrsm. Aku terdiam. Betapa beruntungnya pakcik ni. Anak semua cemerlang. Ilmu dunia akhirat. Setiap kali dia cerita aku senyum je, sambil dalam hati. Seronok jadi pakcik ni. Dari susah jerih perih dia sorang sorang kat KL ni, anak-anak di kampung menjadi. 

Seronok dia bercerita, sampai je kat ofis aku pun hulur duit tambang. Dengan rendah diri pakcik tu cakap dia tak tau sangat kira, takot salah. Aku pun kirakan duit baki untuk dia. Aku sebak lagi. Dia cakap orang pernah nak curi duit dia, masa tu dia letak dekat dashboard. Aku pesan supaya lebih berhati-hati, jangan lurus sangat nanti orang tipu. Dia senyum. Dalam hati aku doakan pakcik tu supaya sentiasa dilindungi. Aku selalu dipertemukan dengan orang baik. Allah nak tunjukkan aku dengan kebaikan dengan cara halus yang selalu menyentuh hati aku, untuk aku belajar jadi lebih baik.

Tiba- tiba perasaan malas kerja tu aku buang jauh jauh. 






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.