Antara perkara yang aku rasa sangat simple dan tak patut dipersoalkan
Dan sesuatu yang aku rasa aku tak terfikir akan ada jurang.
Sebelum aku kahwin, aku pernah diajukan soalan pasal ini.
Perkara pertama yang mak aku akan tanya mestilah ~ aku berkawan dengan siapa.
Soalan selepasnya baru la ~ dia belajar mana.
Dan soalan dari beberapa orang sekeliling.
- takpe ke nak kahwin dengan dia, dia belajar biasa biasa je. Awak ada ijazah.
Boleh terima ke. Bla bla bla.
Sebelum kahwin kerap juga la aku dengar benda ni.
Tipikal? Yes.
Dan kita lupa, zaman dah berubah. Terlalu berubah.
Ibaratnya macam kalau pandai dayung ke dasar lah, kalau tidak hanyut lah.
Kalau pun belajar sijil sampai tebal buku teks. Ego pun tinggi. Tapi tak pandai membimbing tak guna juga.
Itu pada aku lah.
Belajar tinggi, itu semua ilmu dan rezeki. Kita ada peluang macam tu, kita kaut.
Bukan bermakna ada ijazah masa depan cerah. Rezeki semua di tangan Tuhan. Kena ingat tu betul betul.
Bila dah berumahtangga, benda yang aku rasa tidak menjadi masalah ni. Timbul jugak. Entah dari mana.
Perkahwinan yang setahun jagung diuji. Masih mentah dan terlalu banyak yang perlu dipelajari.
Walaupun suami aku bukan jenis terlalu berkira atau mengungkit benda-benda macam ni.
Dia masih ada lemahnya.
Salah faham yang boleh mengganggu emosi stabil manusia.
Lantas, terlontar lah bait-bait ayat dua darjat antara kami.
Lantas, terlontar lah bait-bait ayat dua darjat antara kami.
Sedih.
Aku tahu dia tak maksudkan itu. Tapi yelah, hati perempuan mana yang tidak sensitif.
Antara aku dan suami, tidak disangkal pendidikan aku tinggi sikit je.
Tapi aku isteri, aku kena hormat suami aku lebih dari perkara lain.
Tapi aku isteri, aku kena hormat suami aku lebih dari perkara lain.
Aku mengambil langkah mudah. Menjelaskan keadaan lebih baik dari melayan ego.
Belajar tinggi. Itu rezeki aku. Peluang aku. Impian aku. Dan setiap orang juga aku rasa.
Tak perlu dipertikaikan.
Masih, pada aku kalaupun si suami itu kerja hebat, berjaya terkenal satu dunia. Tanggungjawab dan kerja sebenar dia adalah menjadi ketua keluarga. Kalau dia boleh didik dan bimbing keluarga sebaiknya.
Itu lah kejayaan yang sebenar.
Jadi, dalam konteks ini. Tiada istilah isteri belajar tinggi, suami kena hormat dia lebih dari status suami itu sendiri.
Kadang mungkin isteri dah biasa menyuarakan pendapat dengan lantang. Ambil sebagai cadangan.
Bukan terima bulat-bulat sebab isteri lebih tahu atau terasa dengan pendapat isteri itu.
Dan bukan juga menyerahkan segalanya untuk isteri uruskan. Be a man. Know your position.
Tapi jangan disalah ertikan.
Hebat macam mana pun si isteri itu. Berpendidikan tinggi, kedudukan tinggi.
Kalau dia tahu tempatnya disisi suami. Dia tetap akan patuh. itu sahaja point nya.
Aku tak jangka perkara ini akan jadi. Cuma bila ianya terjadi. Untuk berfikiran positif adalah lebih baik.
Adalah lebih baik sama-sama menjaga hati masing-masing. Dari melayan ego yang tidak seberapa tu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.