11/08/2012

Trend.Fesyen.

Zaman sekarang dah terlalu macam fesyen dan trend. Sampai tak masuk akal pun ada jugak. Tapi yelah, cantik itu subjektif. Ada yang cakap pakai seluar senteng tu cantik. ada cakap tak cukup kain. Persepsi masing-masing.

Dan sejak kebelakangan ni aku melihat kepada perkembangan fesyen terutama fesyen muslimah. Thats what they called it. Muslimah. Apa-apa je lah.
Kadang kadang dekat ofis kalau ada free time aku suka juga google sana sini cari tengok baju apa tudung apa yang cantik yang up-to-date. Well, perempuan. Pelbagai fesyen. Dan dalam kepelbagaian fesyen tu aku kurang gemar dan kurang selesa konsep tudung sekarang.

Ada yang panjang belakang, pendek depan. Ada yang depan tutup belakang bukak. Ada yang letak je kain tudung atas kepala, macam kau letak tuala kat kepala time nak pegi toilet. Tu belum yang sarung je depan ada awing keras ape benda tah tu.

Dan juga konsep macam serban. Konsep turban yang semakin femes sekarang ni. kalau dah pakai macam tu, memang la leher tutup dengan inner neck tapi still masih boleh menampakkan susuk bentuk dia kan. Baju tu tak kisah la nak 2 3 lapis janji longgar. Ni pakai baju labuh half, tiba tiba seluar legging. Ehhhh, kalau dah lengan pun takleh tunjuk kat orang, apatah lagi bentuk kaki tu ha.

Aku bukan seorang yang alim, jauh sekali bertutup litup atas sampai bawah macam ustazah pilihan tu. I am far from perfect. Tapi aku simple. Pergi kerja pakai tudung bawal. Kadang selendang. Aku sukakan keselesaan dan kesimplean. Mudah.

Dalam pada aku bermonolog dengan diri sendiri pasal tudung-tudung ni. Aku terbaca twit sorang kawan sekolah aku dulu, yang sekarang adalah seorang pensyarah. lebih kurang macam ni ayat dia -....fesyen turban sesuai ke dengan wanita islam...

Ok. Aku diam. Cuba berfikir positif. Mungkin dia memang perlukan huraian atau dia being sarcastic.
Tapi pada aku. ikot mana pun orang nak tanya fesyen apa,sesuai ke tak dengan wanita islam atau Muslimah. Kena tengok kita disyariatkan macam mana.

Dari sekolah rendah kita dh belajar fardhu 'ain, bab bab agama semua. Kita dah tahu aurat wanita itu, dari mana ke mana. Tak salah bergaya. Cuma jangan melampaui batas.

Macam yang suami aku cakap -....tak semua orang faham macam mana awak faham..- ini ayat memang boleh bergaduh. Bukan suruh faham macam aku faham. Soal agama kadang orang buat buat tak faham. Itu je.

Kalau kurang pasti sekarang pun dah terlalu banyak info yang kita boleh google sendiri je. Tak pun tengok ustad don kt youtube pasal tudung dan aurat wanita ni. Ada je huraian. Rajin dengan tidak je kita nak timba ilmu. Jangan disebabkan peredaran zaman, nak cantik punya pasal kita ambil ringan semua perkara. Ini peringatan untuk diri aku jugak, sebagai perempuan yang sukakan kecantikan.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.