Aku tak ingat dah berapa lama. Tapi aku masih ingat saat itu.
Saat aku berjanji kepada seseorang tentang kehidupan dan masa depan.
Saat itu dengan bersaksikan empat mata.
'yea, adik janji akan jaga mak walau apa pun jadi atau dalam keadaan apa sekali pun....'
Tapi, aku lupa. Masa tu aku hanya fikir hidup aku akan hanya ada emak, aku dan adik-adik.
Aku lupa itu semua akan berubah. Dengan drastiknya.
Aku masih belum kotakan janji aku.
Ayah?
Aku dah lupa bila kali terakhir aku ada ayah. Serius aku lupa.
Aku tahu aku ada ayah. Atas dasar nama dan pertalian.
Aku tak ingat bila kali terakhir lelaki bernama ayah itu bagi perhatian pada aku. Serius aku lupa.
Insan yang sepatutnya menjadi pelindung dan tempat kita bergantung harap dari kecik.
Insan yang sepatutnya mengajar penyambung warisannya menjadi berguna
Insan yang sepatutnya dihormati......dan masih sehingga sekarang rasa hormat itu ada, atas dasar nama!
Yang aku ingat.
Dia takde waktu aku sedih.
Dia takde waktu aku susah.
Dia takde waktu aku sakit.
Dia takde waktu aku gembira.
Dia takde waktu aku terima segulung ijazah benda yang sepatutnya dia kena bangga
dan aku berusaha untuk buat dia bangga. Terlalu berusaha, sampai aku give up.
Dia tak pernah tahu tu semua.
Dia tak pernah ada bila aku perlukan dia. Tak ada!
Tapi masih. Dialah wali aku.
Itu sahaja hajat terakhir aku untuk dia penuhi.
Sebab, lepas tu. Aku bukan tanggungjawab dia lagi untuk dijaga......sampai bila-bila.
Semua kasih sayang yang ada dalam diri aku. Apa yang terbentuk dalam diri aku segala kebaikan dan kesabaran, ketabahan serta didikan. Semua aku dapat dari emak.
Emak yang satu masa dulu aku rasa orang yang tak pernah sayangkan aku.
Tapi aku silap. Itu lah satu-satunya orang yang paling kenal aku dalam segala hal.
Walau sebesar zarah aku berubah, dialah orang pertama yang kenal perubahan itu.
Sebab tu aku takut nak lawan cakap mak.
Aku takut tengok mak menangis.
Aku takut tengok kalau mak susah.
Aku takut kalau tengok mak sakit, walaupun sikit.
Aku takut tak boleh nak bahagiakan mak.
Banyak benda yang aku takutkan bila aku tengok muka mak.
Sebab, aku dan mak. Kami sama-sama lalui hidup yang sukar.
Tapi mak kuat. Lebih kuat dari aku. Yang sepatutnya jaga dia.
Orang takkan faham apa aku alami. Mungkin orang akan cakap ada orang lagi malang dari aku.
Itu terpulang pada penilaian masing-masing. Tapi apa yang aku rasa tak semua orang akan faham.
Orang tak melihat segala yang perit depan mata sendiri.
Susah takde duit dan tak makan. Itu biasa.
Tak semua orang faham susahnya bila musnah sebuah keluarga.
Bukan senang.
Walaupun nampak kuat. Dalaman, aku trauma.
Perkara yang sampai bila pun aku rasa aku takkan lupa.
Orang takkan faham melainkan mereka melalui perkara yang aku lalui.
Dan lagi akan terbayang bila aku dah ada keluarga sendiri.
Aku takut benda yang sama akan jadi dekat keluarga aku.
Aku cuba berfikiran positif. Tapi kalaulah senang. Sesenang kita bercakap.
Entahlah.
Dan aku masih akan pegang janji aku.
Walaupun aku tahu bukan semudah janji yang aku ucapkan depan ayah. Dulu.
Tapi, aku akan ingat dan kotakan janji aku.
Aku akan cuba buat apa yang aku mampu.
Aku....cuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.