3/25/2014

Luahan.

Minggu serba tak kena. Pertuduhan bertalu-talu untuk dihadap dalam satu masa. Aku cuba bertindak dan berfikir positif. Dalam keadaan emosi aku di stage yang agak rapuh kadang-kadang tidak membantu. Permasalahan dalam perhubungan sesebuah organisasi keluarga ni kadang-kadang memang semak sikit.
Diam tak bersuara, kita jadi mangsa. Bersuara, kita biadap.
Serba tak kena.

Perkara remeh ni sebenarnya dah lama aku perhatikan. Cumanya aku tak terfikir akan benar terjadi pada aku selepas aku abaikan semua benda yang mampu menyakitkan hati aku. Perkara yang aku paling tak faham, kenapa perlu orang ukur tahap kemampuan atau bahasa kesatnya kenapa kena sibuk hal duit orang lain. Tak faham. tahu tak?

Kita ni manusia kadang jenis yang selalu suka kalau tengok orang susah, kita selalu suka kalau tengok orang tak mampu - seakan orang itu tiada daya usaha untuk maju macam kita - kononnya lah.
Macam hidup kita yang cukup makan cukup pakai ada kerja tetap dah sehabis maju dah. Kononnya.
Macam-macam andaian yang kita buat. Tak boleh orang lebih sikit dari kita.

Bila dah macam-macam andaian tu. Faham je lah dengan perasaan orang yang kena tu kan. Sakit.
Yee, aku bercerita pasal keadaan aku sekarang sebenarnya.

Nasib aku ni bukan jenis nak menghambur makian sesaja. Nasib aku bukan jenis nak jatuhkan level maruah aku sama macam orang yang menyampai. Nasiblah kan. Tambahan lagi kau membincangkan permasalahan aku (sebenarnya lebih kepada masalah kau. Sebab isunya kau subjeknya sahaja aku) di media sosial. Yang semua orang connected dengan kau boleh baca, termasuk aku. Well done!!

Dari perhatian mungkin itu adalah sejenis penyakit jealous. tapi aku suka nak menekankan disini, setiap yang aku ada hari ini. Segala usaha aku sendiri dan juga berkat rezeki dari Allah swt.
Aku tak mewah macam orang lain. kereta sendiri pun aku masih belum mampu nak beli walaupun dah bertahun tahun kerja. Untuk sebiji handbag aku sendiri pun, lebih lima kali aku fikir sebelum terdetik nak beli. Aku takde semua keperluan. Tapi aku hanya cukup dari segala segi nikmat Allah bagi. Aku bahagia dengan nikmat itu. Aku tak dididik untuk bergantung dengan duit orang lain. Meminta-minta pun jauh sekali. Tak pernah mak ayah aku ajar macam tu.

Untuk pengetahuan juga, hidup aku bukan sentiasa senang. Dari kecik aku dah rasa susah, serba serbi. Bila aku ada apa yang aku ada sekarang. Aku hargai. Takde langsung yang aku rasa aku menunjukkan kemewahan. Pelik eh manusia sekarang ni. Boleh detect serba serbi, pandai mengandai yang macam-macam. Cukuplah. Biar aku hidup cara aku.

Kalau tak suka bersembang bertegur sapa dengan aku. Takde salahnya. Aku pun tak kisah. Dari menambah benci orang, aku pun tak suka. Aku tahu mana duduk aku yang sepatutnya. tidak lah sampai aku pergi menjaja cerita. Aku ni seorang isteri yang berkerja, ada anak yang nak ditanggung. Ada tanggungjawab yang nak digalas. Aku sibuk dengan hal aku. itu sahaja.
Cuba la kita ni manusia, didik diri untuk jadi penyayang. Sayang diri sendiri untuk orang lain jugak sayang kita. Bukan susah pun kan. kalau kita boleh post pasal segala hadis-hadis dan segala doa peringatan. Kenapa kita tak peringat diri kita? Paling tidak pun, cuba fikir - orang takde pun dengki kat aku. Kenapa aku kena dengki kat orang. Kenapa nak terasa dengan hidup orang lain? Simple je kan.

Benarlah yang ringan itu lah yang paling berat sebenarnya. Hmmm!










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.