9/19/2013

Motherhood - 4 : Mengata

Semenjak menjadi ibu dengan jaya nya sekarang ni aku agak sensitif dengan hal berkaitan anak. Bukan anak aku je. Anak orang pun aku sensitif. Telalu. Betul la orang orang cakap sifat defensive seorang ibu terhadap anak ni lain sikit. Walaupun dulu nya aku tak 'berapa' sangat dengan budak kecik tidaklah sampai aku nak mengata dalam setiap perangai atau sifat budak tu.

Sekarang ni benda macam ni selalu aku dengar,  'anak kau ni mengada lebih ni'.... 'anak kau ni lambat sikit  tak macam baby sorang lagi tu. dia advance itu ini.' ...... 'eh yeke. aku dulu jaga macam ni takde apa pun. elok je anak aku'........... ok. aku kadang taktau macam nak respon to this kind of bullshit. Sebab. Kadang aku pun cakap anak aku mengada la kerenah la. But hey, im her mother. i have the right to say so.

Dan situasi sebegini titik tolak kepada terjadinya perkara perkara atau cerita yang biasa aku dengar sebelum ni pada diri aku sendiri. Aku terpaling kurang senang bila orang cakap atau lebih kepada mengata sebenarnya pasal anak aku.Yeee, benar aku baru ada sorang anak pengalaman aku tak banyak mana lagi. Tapi tak bermaksud semua aku buat salah,semua kau buat betul. itu je.

Paling aku tak boleh blah to the max ;
'eh eh. anak kau jenis cepat terasa la. cakap sikit je nangis. gurau sikit je nangis' 

Allahu rabbi. Masa ni hati meluap rasa nak lepaskan makian je sedas. Tapi, tak baik. aku telan je. Sejujurnya, aku memang tak secool ayahnya si alisha. Aku agak agresif. ehhh,lebih kepada garang baran sesaje sebenarnya kalau nak dibandingkan..

Aku tak pernah walau secubit terfikir nak cakap benda benda tak elok pasal anak orang. Kenapa la orang sesuka hati nak cakap macam ni kat anak aku. Kalau tak kerana Sod ba ro. Dah lamaaaa orang orang ni aku hamburkan makian segunung. Susah payah aku jaga anak. Manja dia ke mengada dia ke takde susahkan orang pun. Takyah lah kau nak komen macam macam.

 Aku cuba la berfikiran positif. Mungkin niat orang tu baik. tapi aku bukan jenis nak faham niat baik jenis cakap lepas gitu. Tapi kadang aku memang lepas je cakap. Kadang lah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.