melainkan aku ade kegusaran yang menebal melampau terhadap sepatu itew. gituh.
setiap kasut yang aku beli akan sentiasa aku bawa kemana sahaja. corporate event, kenduri kahwin shopping complex dan kemana sahaja yang bersesuaian. Nampak tak. Sayangnya aku pada kasut itew. Kemana sahaja tahu. Sampai la ianya tamat perkhidmatan dan itu lah masanya aku cari pengganti dia.
Sedih juga. Tapi itulah kitaran hidup sang sepatu.
Aku memang bukan sejenis yang seperti kebanyakkan perempuan. Beli kasut untuk sekadar koleksi nafsu syaitonirrojim. its a big NO to me. Dan sejenis beli yang mahal-mahal untuk kepuasan. I would rather buy a handbag though. Tapi yelah. Lain orang lain nafsu serakahnya ye dak?
Last week aku teman kawan aku pergi charles & keith. Alah. Brand faveret orang middle-low-class-income macam kami-kami la. itu je mampu haaaa. Dan berbalik kepada member itu. Dari seronok teman jadi annoying bila si dia ni jenis pat lima nam tujuh sejuta kali tanya pendapat sampai esok pun tak abes untuk sepasang kasut sahaja. Fikir harga. Lepas tu design. Lepas tu color. Lepas tu harga balik.
End up, dia tak beli pong! erghhh. Dan bukan itu sahaja, keesokannya aku kena teman lagi untuk dia pertimbangkan lagi nak beli ke tidak. Tak beli sampai mimpi mimpi malam kekdahnye kauuu. Parah.
Masuk hari ketiga,aku terus suruh brader salesman tu amek saiz bungkus siap siap.
Tak pernah aku tengok separah ini perempuan shopping. Sebab aku yang perempuan pun tak begitu. Kenapa la tak make your life easy. kenapa kena complicated benobenobeno. Aku hanya mampu senyum dah kata dalam hati. Syukur aku begini. Syukur. Haha. Kalau tak parah suami aku.
Haaaa. Hai kawan baru. Selamat setia bersamaku. Jangan baru berapa minggu je kau dah hilang reben la tapak la bagai ye. Heh. dengan baju cotton bagai. Sangat lah student lifestyle many many many years back tau. Suka!!


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.