6/05/2013

Motherhood - 2 : Dugaan apekah

Perkara biasa hidup kita ni mesti takkan dapat lari dari dugaan.
Dugaan yang rajin nak datang menjengah tanpa salam.
Mahu tak mahu kena juga bersemuka. 

Dan bila dah menginjak ke alam menjadi seorang ibu, 
tak semudah macam berangan masa sebelum dan ketika mengandung.
Serius lain hoi. Kalau tak percaya cuba la ada anak. 
Kalau sape cakap senang tu mungkin live in denial atau dia bajet konon cool. 

Aku kurang diduga dalam pantang. Alisha takde jaundice, takde warded lama-lama. 
Semua ok. aku pun ok. Pendek kata semuanya senang lah. 
Tapi lepas abes pantang mana tau Allah nak uji aku. 

Mungkin juga kesan dosa-dosa aku, Allah bagi aku dugaan untuk aku ingat DIA. 
Masa ni, tamparan agak hebat pada aku. Lahiriah batiniah semua menangis waktu ni. 
Perempuan. what would you expect. 

Dan semestinya sebagai seorang ibu yang bekongsi organ yang sama dengan anaknya selama 10 bulan. 
Bagi kes aku yang overdue ni lah. Lagi la cepat terusik naluri keibuan aku.

Yang tidak percaya tu. Takpe lah. Aku tak harap pun orang percaya.
Tapi apa yang terjadi pada aku. Benda baru and also a lesson learned.
Banyak aku dengar pasal benda-benda halus ni. Bukan aku nak taksub sangat percaya.
Bila kena kat diri sendiri. I know how hard it was.

Actually, that kinda stupid things.
The hardest part was the crying part. Gosh. Sampai bengkak mata.
Terasa macam aku ibu yang kejam. Yang tak tahu jaga anak.
Tak tahu comfort dia. Sedih.

To Whoever did this. Seek forgiveness from Allah.
Demi Allah, setiap sakit yang anak aku rasa, setiap jatuhnya air mata dia, setiap kurangnya masa lena dia.
Aku tak sampai hati untuk halalkan. Maafkan aku.
Kau sujudlah pada Allah.

Aku dan aku percaya suami aku pun anggap ini sebagai dugaan pertama kami menjadi mak ayah.
Aku tidak menuduh sesiapa jauh sekali membenci. Bukan sifat aku.

Ketika ini. Kena telan setiap apa yang terhadap depan mata.
Penat lelah. Sakit rungut. Berjaga siang malam. Cemuh sinis manusia.
Kena telan. Semua. Anak adalah focus utama.

Aku banyak menangis depan suami aku. Tapi aku lagi banyak menangis dibelakang dia.
Cuma aku terrrlalu bersyukur sebab aku dikurniakan dua orang ini.
Suami dan emak.
Suami peringan beban aku. Emak penguat langkah aku.
Yang tahu tangis hati aku. Yang baca sayu aku. Yang dengar gembira aku.

Saat ini aku tahu. dalam setiap apa pun. aku kena sentiasa bersedia dan kuat.
Kena. Perlu.
Supaya biar apa yang datang aku tahu mana puncanya dan mana penyelesainya..
Dugaan itu akan ada dan aku bukan lagi si anak yang sentiasa ditolong ditatang ibu
tetapi si ibu yang kena berperang berpayah jerih demi anak.








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.