5/22/2013

Motherhood - 1

Bila dah jadi emak ni. Jadual hidup dah bertukar.
Sibuk manjang dengan anak.
Aku tak sempat nak merepek-repek kat sini lagi.
Ini baru berkesempatan.

In a blink of an eye je dah ada 'handbag' kiri kanan. 
Istilah mak-mak kan. Ada anak handbag terus gelaran.
Sebabbbb, pegi mana-mana kena bawak kepit segala. 

Alhamdulillah. 
Alisha dari lahir sampai la ke sekarang agak mudah untuk dijaga. 
Tidak berkerenah demand segala bagai. Semua rentak dia senang nak baca nak jaga. 
Sikit-sikit tu biasalah. 
Setakat nak merengek berkepit bermanja itu biasa.
Bak kata mak aku. Kalau anak tak meragam tak sakit menangis bagai..
Takde lah dugaan untuk si ibu dan ayah tu.
Wise words mak.

Sepanjang berpantang aku rasa ada benda yang penting untuk dititik beratkan
selain dari keperluan baby semata.
Sebab, admit it. ibu-ibu baru ada anak ni. Akan fikir pasal barang anak je.
kalau dah baby katanya semua nak cute-cute aje kan.
Ada benda lain juga yang perlu dititik beratkan.

Pertamanya, dalam proses berpantang yang hazab campur tolak 2 bulan tak boleh melasak tu.
Aku rasa deep down inside aku tersangat bersyukur dengan pertolongan yang ada.
Maklum tengah lemah dari segala segi gamaknya.

Suami.
Yes. Very helpful. Itu penting. Sangat penting.
Thank you husband i heart you sooo much.

Bangun tengah malam - tanpa merungut.
Bangga.
Sebab apa yang aku imagine. Tak sama in real life.
Yes. Suami aku sangat penyabar melayan kerenah Alisha more than me.
Aku rasa Alisha dan adik-adik Alisha bertuah sebab dapat berayahkan suami aku itu.
Jap. Adik-adik Alisha?? Yakin kah. mihmihmih.

Keduanya, Ibu kita sendiri.
Yes, tiada siapa yang lagi rapat dengan kita melainkan ibu kita sendiri.
Yang tahu luar dalam kita. Kerenah rengek kita.
Macam aku. Suami kerja long hours jauh. Selain suami aku ada ibu yang boleh tenguk-tenguk kan aku.
Emosi kita waktu ni memang sangat rapuh.
Itu yang penting untuk dijaga. takot meroyan kata orang tua. Nauzubillah min zalik.

Alhamdulillah.
Aku mampu begelak ketawa walau apa pun keadaan dgn ada nya wanita hebat ini.

Ketiganya, jangan cerewet.
Lazimnya kalau dalam pantang. semua tau. makanan memang la totally out.
Yang hado la kau dpt makan sedap-sedap mcm org lain kan.
Face the fact. Kita tgh pantang, tgh sakit for real.
Standard lah kan. Tak kisah la orang cakap ape pun. Nak cepat baik. Pantang.
Jaga badan jaga rahim. Semua balun nanti kemudian hari sakit. Blame yourself.

Dan, segala jamu ke apa yang disuakan depan mata. Makan je.
Orang tua takkan bagi kalau bukan untuk kebaikan kita.
Rasa memang la semuanya tak sedap. Mana ada ubat sedap.

Dan biarlah berpantang dengan cara dan keselesaan sendiri.
Kalau ada jamu yang tak kena kat badan kita tu cakap. tanya. Jangan berat mulut dan segala.
Jangan nak harap semua orang buatkan.

Keempat, Mentally prepared.
Iye. Ini lagi la perlu. Kalau jenis ada yang tak suka budak kecik.
Sekarang dah ada anak sendiri kena suka. Nak kena adapt culture yang bila tengah malam kena bangun
bg susu sekali dengan package dia melalak macam satu negeri boleh dengar.

Kalau bernasib baik. takde gangguan apa-apa. Kalau ada. Hai lahaii.
Sengkang mata lah kau ceritanya.
Moden macam mana pun cara kita berfikir. Perlu untuk kita dengar nasihat orang tua-tua.
Mereka lebih dulu minum air garam dari kita.

Perlu juga untuk ibu bapa baru ni study apa yang perlu tentang kelahiran.
Apa nak buat bila baby keluar. Sebagai orang islam. Doa, solat sunat segalanya lah.
Perlu ada ilmu tentang itu. Takde lah sekadar ikut flow membuta tuli je.

Kelima kali, penting disini, bila kita ikot cara kita sendiri. Keselesaan sendiri.
Itu penting.
Bila datang kepada situasi mcm ni. Akan banyak benda dan orang.
Orang terutamanya suka nak membanding-bandingkan nasihat melebih-lebih atau segala.
Cuba berpendirian. Suami pun kena berperanan dalam hal macam ni.
Perhatikan ragam anak sendiri macam mana.

Cara macam mana kita nak anak kita elok.
Benda macam ni kalau tak sekata, boleh jadi telagah. Perlu untuk sama berbincang dan bercara.
Suami kena terima apa yang isteri selesa, suami kena terima apa yang isteri selesa.
At the end of the day, kamu anak beranak yang nak hidup sama.

Ok dah.
Itu je. Dari apa yang aku lalui dan perhatikan
Kalau ada yang lain nanti aku sambung lain kali.















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.