Oh, ni pasal aku punya so-called 'journey' dekat klinik gomen.
Aku bukan like totally sokong or against government service.
Aku tengah-tengah, macam ibarat lalang confuse, nak terbang kiri ke kanan. Gituh.
Tapi memang dari aku kecik-kecik anak sampai besar ni,
Aku memanggg la kurang gemar dengan layanan atau khidmat government servant ni.
Bukan memilih, tapi itu lah hakikatnya.
Daripada urusan surat menyurat sampai la segala urusan.
Bila berdepan dengan dorang-dorang ni macam, entah.
Tapi aku akui bukan la semua, tapi disebabkan minority, majority orang tak pandang dah.
Dan pengalaman aku mungkin berat pada khidmat kesihatan.
Dulu-dulu aku jenis yang agak positif sikit, bila mereka-mereka ni bajet bagus
atau konon doktor pakar sangatt,
atau konon doktor pakar sangatt,
Aku macam...'alah, xpe la. dorang ni penat nak layan pesakit ni. kesiann.'
Sekarang ni, korang try bajet bajet ngan aku, mendapat la satu-satu nanti.
Kalau nak dihuraikan cerita 'best' satu-satu, panjang sangat. Aku malas.
Tapi disebabkan keadaan aku sekarang, memerlukan aku kerap kali menziarah tempat-tempat ini.
Dari pengamatan aku, sistem mereka yang bermasalah.
Ok, basically. Kalau check-up ibu-ibu mengandung ni, sama sahaja proses dia.
Sebelum mengandung pun aku dah tau, sebab...mak dan kakak aku rajin kongsi cerita.
Senang je tiap-tiap bulan, dah pandai sendiri apa nak buat. Tak payah bagi tahu satu-satu.
Kalau pun yang tak ada pengalaman sangat, kali kedua datang tu mesti dah tau apa nak buat.
Simple haje.
Yang buat lambat, yang datang pukul 8 pagi tapi pukul 12 pun tak panggil lagi ialah sistem dan service.
Dan sekali panggil bukan sorang, sekali sampai 4 orang. Mungkin agak lama sikit bila tang consultation dengan misi-misi atau doktor. Itu je. Tapi tak la sampai sejam pun. Ada tu 5 minit je.
Mesti yang dok tencongok kat luar tu asik la fikir apesal lambat sangat. Masuk ramai-ramai.
Mesti yang dok tencongok kat luar tu asik la fikir apesal lambat sangat. Masuk ramai-ramai.
Dan orang yang asik berfikir tu salah seorangnya, aku lah.
Ye, aku bukan jenis penyabar. Duduk sejam pun aku dah tak larat,
ini kan pulak nak betapa kat situ sampai lebih dari 3 jam. Mana logiknya nak tunggu lama-lama macam tu?
ini kan pulak nak betapa kat situ sampai lebih dari 3 jam. Mana logiknya nak tunggu lama-lama macam tu?
Teruknya keadaan bila time tu jugak la nak campur sekali dengan budak-budak praktikal.
Are you kidding me?Come on, klinik kesihatan kecik cenonet tu je.
Tolong la cari centre yang besar yang lagi memerlukan khidmat skill si freshie-freshie ni.
Ini tidak, klinik besar tu isi butiran-butiran sampai 3 orang, sekali aku timbang yang tengok sorang,
tang isi form sampai 3 orang nak jawab. ape benda wehh!
Ini tidak, klinik besar tu isi butiran-butiran sampai 3 orang, sekali aku timbang yang tengok sorang,
tang isi form sampai 3 orang nak jawab. ape benda wehh!
Aku tidak lah nak kata teruk sangat khidmat kerajaan ni, jauh sekali nak menjatuhkan.
Cumanya kenapa tidak diperbetulkan, kesian pesakit-pesakit.
Kita tak tahu keadaan mereka-mereka ni macam mana. Yang mana nak kejar time waktu bekerja lagi.
Dan macam-macamlah. Cukup sekadar dipermudahkan urusan untuk untuk semua.
Simple.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.