Terperap di pejabat kecil ini membuatkan aku kadang-kadang senak minda.
Maklum kerja dalam kompleks membeli belah.
Tiada pandangan yang indah pun macam klcc.
Dan sesekali aku terpanggil untuk menunaikan 'hajat'.
Itu normal. Siapa yang tak terpanggil tu, kurang normal atau memang tak normal langsung.
Mungkin.
Dan sepandangan aku ketika di bilik yang ada bilik kecil-kecil lagi didalam nya.
Ada seorang makcik tua yang menguruskan membersihkan bilik-bilik kecil itu.
Bukan warga tempatan yang pasti. Tapi seagama dengan aku. Itu lebih penting.
Dek kerana keramahan aku selaku pengunjung kerap bilik kecik itu,
Aku rajin menegur makcik tua tersebut. Sekadar bertanya khabar, makan dan minum.
Itu sahaja.
Tidak terdetik langsung aku nak jengah hasil kerja makcik tua itu.
janji bilik-bilik itu bersih, cukup lah.
Dan seperti kebiasaan aku dan
Dek kerana perut yang sedikit membuncit aku perlukan bilik kecik yang memerlukan aku
duduk dengan selesa,
duduk dengan selesa,
Dan pada petang itu, sebelum aku melangkah masuk ke bilik kecik yang aku dah biasa masuk,
Makcik tua itu dengan cepat memintas aku, dia nak bersihkan tempat itu dulu sebelum aku masuk,
Aku sekadar memerhati, dan aku melihat setiap inci cara dia,
Dia bersihkan dengan kedua tangan dan kudrat tuanya tanpa rasa geli atau janggal.
Tanpa sarung tangan atau sebarang alas di tangan makcik tua itu,
Mungkin dia dah biasa, tapi kenapa kita tak pandang dari sudut keikhlasan hati dia.
Kita walaupun dah biasa, kalau tak ikhlas kita buat kerja tu ala kadar sahaja,
Tapi sejenak bila aku melihat makcik tua tersebut,
Dengan tak semena ada rasa sayu dalam hati ini, begitu jujur makcik tua itu berkerja,
Belum kita tahu susah senang hidup dia, susah payah latar belakang dia,
Kita yang baru senang sedikit sudah bermegah-megah, baru mewah sikit sudah mencanang-canang,
Sedangkan kudrat si tua itu dengan sepenuh ikhlas dan bakti hanyalah untuk mencari rezeki,

Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Dan saat air jernih dimata hampir mengalir bila mana makcik tua itu menggelarkan aku 'sayang',
Seakan aku dilayan lebih dari anaknya setiap kali.
Kalau kotor dibersihkan, walaupun sedikit. Kalau basah dikeringkan,takut-takut kalau aku terjatuh,
Sungguh! dalam hati ketika itu, terbayangkan tiada lain wajah ibu sendiri.
Pernah sekali dia menenangkan aku saat aku kurang sabar menunggu, kurang selesa melihat manusia.
Sungguh! kesayuan itu ada.
Siapalah kita untuk menilai, sesungguhnya setiap manusia disekeliling kita ditemukan pada kita oleh Allah adalah untuk mengambil iktibar dan pengajaran pada setiap satunya.
Dan aku ditemukan dengan makcik tua tersebut untuk aku contohi keihkhlasan dan ketulusan dalam usahanya serta bersyukur diatas pemberianNya.
MasyaAllah. Dan di petang itu, aku mula belajar mengerti akan sesuatu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.