8/10/2012

Suatu Petang

Bercinta, berumah tangga..seterusnyaaa, melahirkan. 
Ramai kawan seangkatan masa zaman belajar dulu melalui fasa ini, 
Dan aku juga salah seorang darinya, cuma masih belum melahirkan.

Suatu petang..aku terima bbm gambar baby seorang kawan ini. Comel. 
Walaupun dulu aku kurang rapat dengan mereka-mereka ni, 
Mungkin sebab aku agak lambat untuk terima kawan atau pun kurang mesra, 
Sebab aku lebih suka berada dalam kepompong aku sendiri, suatu masa dulu. 
Tapi semakin lama kami semakin rapat sehingga sekarang. 

Tapi antara kami, aku lebih banyak diduga dengan bermacam masalah. 
Pernah ada rasa iri hati bila melihat kebahagiaan kawan-kawan ini dengan keluarga masing-masing.
Aku pernah persoalkan yang aku tidak sepatutnya sebagai seorang yang masih mentah untuk berfikir apa tah lagi untuk memikul tanggungjawab keluarga. Ketika itu. 

Difikirkan balik, tidak la teruk mana. tapi mainan perasaan dan emosi itu. besar jasanya kepada tumbesaran minda dan keputusan masa itu. 
Almaklum, seorang pelajar. 

Dan di suatu petang itu, 
Diperbualan antara aku dan kawan ni, sambil bergurau senda. 
aku mohon dipanjatkan doa untuk kemudahan segalanya.
nak-nak dalam keadaan berbadan dua ni. 

Dan kawan yang seorang ni, dengan ayat yang tak terduga. 
telah mengeluarkan kata-kata yang cukup buat aku terharu. 

Kerana dia melihat segala kesusah-payahan aku waktu dulu. 
Dia mendengar segala rintihan aku.
Dia tengok aku menangis. aku sedih. Tapi dia ketawakan aku. 
Yeeee, dia ketawakan aku. Dia ejek aku. 

Sebab.

Dia taknak aku terlalu sedih. Dia nak aku gembira.
Dan sekarang bila aku dah kerja, sudah berumahtangga.

Dia cakap aku bertuah. Dia cemburu dengan apa yang aku ada sekarang. 
Aku keliru.
Yee, dia cakap segala susah senang aku dulu. Berbayar.

Dengan kedudukan aku sekarang. dengan kerja dan gaji aku. dengan kebahagiaan keluarga aku.
Dia cakap itu semua sebab susah payah aku yang dulu. di bayar kemewahan sekarang.
Disebabkan aku terlalu menjaga hati emak dan adik-adik. semua aku buat seorang. 
Aku terlalu inginkan semua gembira, walaupun aku sedih.

Aku sedikit terkesima dengan huraian kawan aku yang seorang itu. 
Sebab aku tak pernah terfikir itu semua.

Tidak pernah terfikirkan kesusahan dulu. dibayar baiknya sekarang.
Yang aku tahu, aku lakukan apa yang perlu untuk keluarga sendiri. Itu sahaja. 
Dan dia juga beritahu, yang dia akan doakan yang terbaik lagi untuk aku. 

Ya Allah, hati ni sangat tersentuh. Dan sangat bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebegitu.
Rupanya mereka lebih memerhati dari diri aku sendiri. 
Mereka lebih mensyukuri nikmat yang ada pada aku. Lebih dari aku mensyukurinya.

Allahuakbar!

Dan di suatu petang itu, memberikan aku keinsafan. menghidupkan aku dari kelekaan. 
Ramadhan kali ini agak sedikit beerti untuk aku. 
Allah tunjukkan aku segala kebesarannya.
Aku masih lagi memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan. 

Dann, aku terus bersyukur dengan setiap apa yang aku ada sekarang.
Alhamdulillah. 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.