3/10/2015

Ketentuan..

8 Mac 2015. 
Cukup setahun kehilangan pesawat mh370 - al-fatihah. 

Untuk aku khususnya, tarikh kelahiran puteri sulung kesayangan. 
Dhiya Alisha. 
Alhamdulillah. Kurniaan Allah untuk kami sekeluarga. 
Gembira dan terlalu bersyukur. Anak yang baik, cerdik dan comel. 
Cukup sekadar bahagia memiliki dia. Selamat Hari Lahir wahai anak. 

Tarikh yang sama adik perempuan aku buat keputusan untuk putus tunang. 
2 tahun mengikat janji akhirnya terlerai macam tu saja. Mungkin takdir Allah. 
Jodoh pertemuan di tangan DIA. Kita hanya merancang. Kalau nak diikutkan macam sedih. 
Terutama bila kedua orang tua dah terlalu mengharap. 

Dan yang paling akan sentiasa diingat sampai bila-bila, hari yang sama kami adik beradik disatukan dengan adik perempuan yang paling bongsu. Siapa yang kenal aku tahu la pasal sejarah family aku. Yee, ayah aku kawin lain. Aku pun tak ingat dah berapa lama dan ini lah kali pertama kami ditemukan dengan adik bongsu tu. 

Perasaan? 
ok je kot. Sebagai seorang ibu. Aku rasa banyak benda dah mengubah aku. Bila melibatkan soal anak, aku rasa tak baik nak dihukum budak yang tak bersalah. Macam mana pun,dia ayah aku dan budak itu sedarah daging dia. Jadinya aku terima dia seadanya. Disebabkan aku pun ada anak, aku cuba tak nak benci anak orang lain. Tak nak nanti disebabkan perbuatan aku, anak aku tertempias sama dibenci orang. 

Jadinya, aku terima Seri Marissa sebagai adik aku yang bongsu. Aku layan dia sama macam adik-adik yang lain. Perasaan aku mungkin senang dipujuk. Sebab Alhamdulillah, mak ayah aku didik aku cukup elok tentang agama dan adab. Aku taknak berdendam dengan apa yang dah terjadi. 
Tapi perasaan emak dengan adik-beradik yang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Mak aku terutamanya, dari cara cakap riak muka. Terluka. Tapi dia cuba juga layan sebaik mungkin. Layan macam anak sendiri. Sebab itulah sifat mak yang rasanya susah kami nak ikut. Macam mana mak benci atau tak suka atau marah sekalipun mak mesti layan dengan senyuman. Mak cakap semua ni dugaan je. Pada aku, susah sebenarnya. 
Ibarat bak kata pepatah, kalau orang baling batu pada kita, kita balas dengan baling bunga. 

Mampu? 
Kalau aku, jangan kata batu kapak aku baling balik. Ehh! 
Dan paling terkesan, adik lelaki bongsu. 
Kena jumpa pesaing bongsu dia. heh! tapi dia memang tak pernah ada bonding ayah-anak dari kecil. jadi tak salah kot dia nak terasa dengan semua ni. 

Tapi.....aiihh! apa je aku boleh cakap. Perasaan dan pendirian masing-masing. 

4 dalam satu.
Perasaan yang sentiasa bercampur baur. 
Semuanya mungkin sudah taqdir. Siapalah kita untuk melawan taqdir. 







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.