Sekejap masa berlalu. Sudah di penghujung 2013.
Dan masanya untuk berubah ke arah lebih baik lagi.
Azam baru? Takda.
Aku memang tak pernah didik diri untuk berazam setiap kali tahun baru.
Aku didik untuk berazam setiap masa aku rasa aku perlukan perubahan.
And of course, walk the talk. Simple kan.
Setakat ni Alhamdulillah.
Semuanya cukup - suami, anak, keluarga, kasih sayang dan kehidupan.
Bersyukur sebab Allah masih pinjamkan nyawa untuk bernafas sehingga hari ini.
Alhamdulillah.
Dan untuk itu, aku berharap masa akan datang jika masih dikurniakan nyawa yang panjang oleh sang pencipta, aku akan terus berusaha menjadi yang terbaik dan yang berguna untuk segala kebaikan.
Sebenarnya sebagai Muslim, aku dah sambut tahun baru awal hari tu dah.
Tapi, sekadar meraikan aku wish jugak lah....
Selamat tahun baru 2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.