11/21/2013

Perasaan itu.

Dah lama aku tak rasa perasaan yang dah lama aku rasa tak perlu wujud dalam diri aku. Perasaan itu timbul kembali. Terlalu benci aku dengan perasaan yang datang tak semena itu. Sepatutnya aku abaikan. Tapi, sukar. Bertahun untuk melupakan pun masih sama kalau dia nak datang. Takde siapa faham. Kalau ada pun, tak sama. Yang mampu aku cakap. Sabarlah hati. Bersabarlah selagi terdaya. Ujian Allah,selagi bernyawa ni memang penawarnya hanya dengan sabar segunung. Semua ada hikmahnya.

Tapi, perasaan itu muncul bukan aku sahaja terkesan. Sedarah sedaging aku turut merasa dan masing-masing hati berlainan rasa. Untuk aku cakap sabar, mudah pada hati aku. Untuk mereka? Ah, aku benci keadaan macam ni. Benci abadi. Dan untuk kesekian kalinya aku lihat tercalar lagi hati seorang wanita, sama macam 13 tahun yang lepas. Walaupun dimulut perkataan  'tak kisah' atau 'tak apa' sahaja yang terhambur. Aku tahu itu penipuan yang paling senang. Paling senang untuk buat semua yang lain pun rasa 'tak apa' 'tak kisah' sama. But its not work on me, Mother. It never will.

Selagi terdaya bersabarlah. Perasaan sebegitu jangan dilayan. Hancur lebur luluh hati kita, tak siapa tahu. Biarlah. Bersabarlah lah kita macam yang berjaya kita tempuh 13 tahun dulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.