Hampir setahun aku berkahwin.
Walaupun sebenarnya usia setahun itu dikonsiderasikan sebagai terrrrlalu muda
bagi sebuah perkahwinan.
Masih jauh perjalanan kami.
Tapi aku bersyukur.
Terlalu bersyukur dengan kasih sayang yang aku dapat.
Kasih sayang dari lelaki-lelaki yang aku sayang.
Aku seorang yang terlalu sayangkan keluarga aku.
Dan aku terlalu mengagumi peranan seorang lelaki dalam keluarga sebagai ketua keluarga.
Terlalu.
Dan mungkin takdir hidup aku. Aku kurang kasih sayang seorang ayah.
Lelaki yang aku kagumi dari segala aspek dan juga role model aku dari segi kerjaya.
Tapi masih. Dialah cinta pertama aku.
Walaupun dia mengecewakan aku. Aku tetap sayangkan dia sampai hujung nyawa.
Allah.
Besar kasihnya seorang ayah.
Sebelum aku jumpa lelaki yang sudi memperisterikan aku.
Aku selalu berdoa untuk dapat seorang ayah mertua yang boleh bagi aku kasih sayang.
Paling tidak pun aku akan hormat sebagai seorang bapa macam bapa kandung.
Aturan Allah.
Aku dapat apa yang aku doakan. Syukur. Itu sahaja yang terlintas.
Datangnya lelaki sebagai bapa mertua yang penyayang dalam hidup aku,
membuatkan hati aku rasa senang.
Pernah terlintas, kalaulah dia sedarah daging aku. Takkan aku sia-siakan pengorbanan dia dan
sanggup berjaya untuk dia.
Dan aku terlalu bersyukur dengan setiap kasih sayang yang aku dapat selama hari ini.
Aku berterima kasih dengan lelaki yang sentiasa menjaga segalanya pasal aku sekarang.
Yakni suami aku sendiri.
Setiap kali aku terjaga dari tidur, di tengah malam atau setiap masa yang terlintas.
Aku selalu menatap muka lelaki yang aku harapkan akan menjadi seorang ayah
dan ketua keluarga yang terbaik untuk anak-anak aku nanti.
Dan aku mengharapkan anak-anak aku nanti akan ada perasaan kasih kepada ayah mereka.
Sepertimana kasihnya aku pada ayah dan bapa mertua aku.
Sepertimana hormatnya aku pada mereka.
Sepertimana usaha aku untuk buat mereka gembira dan berjaya.
Sepertimana patuhnya aku pada mereka.
Aku berharap perasaan itu diwarisi.
Wallahi. Aku bersyukur dengan segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.