4/24/2012

Biarkan Aku Bahagia

Aku, manusia kerdil yang terselindung disebalik kekusutan dunia..
Aku, manusia yang selalu mengejar waktu dan masa..yang tenggelam dek kerana alpa..

Aku cuba untuk mencari kebahagiaan dalam kepayahan..
Aku cuba mencari ketenangan dalam kekusutan..
Aku cuba, segalanya....Ah! terkadang aku tewas..

bukan mudah untuk menyelami hati manusia..
kadang ada buruk di sebalik baik..ada hasad disebalik senyum..
kadang ada luka disebalik suka..

Semuanya sukar dimengerti..

seteliti mana kita meniti...selancar itu juga lah manusia merancang..
segigih mana kita berjalan..secekap itu juga lah manusia menentang...

Namun, pernahkah terfikir wahai manusia..
Saat mana kebahagiaan itu dikecap..

Adakah dengan kesukaan? 
Adakah dengan kesenangan? 
Adakah dengan kegembiraan?
Adakah dengan kekayaan?
Adakah dengan kesempurnaan...?

Sebaliknya....
ia dikecapi...

Dengan linangan air mata..
Dengan kedukaan..
Dengan kekurangan...
Dengan kerunsingan dan kekusutan...
Dengan kepayahan...jerih perih setiap saat....

Adakah pernah engkau terfikir sebegitu? 

Tahunya engkau manusia..menjerat antara satu dengan lain..
Tahunya engkau manusia..menjatuhkan yang berbuat kebaikan..
Tahunya engkau manusia...hasad yang berkepuk didada harus dibalas..
Tahunya engkau manusia..kebaikan tiada nilai..
Tahunya engkau manusia..kepuasan adalah keutamaan..

Dunia...

Tiada lain aku minta sebagai manusia biasa..Biarkan aku Bahagia. Noktah!

Hanya DIA yang mampu membalas segala kejahatan dek kerana noda dan hasad yang engkau ciptakan..

Hanya DIA..Tuhan yang mendengar segala rintihan manusia..

# Nota Kaki : berjaga-jagalah dengan orang yang teraniaya, kerana doa orang yang teraniaya akan diangkat terus ke langit..


3.19pm - Tue - On my chair, at my place. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.