4/21/2011

Wanita Ibarat Pohon Semalu

" Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pokok tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. 
Fatimah terkejut, Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:


1 - Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. 
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (mesti kena pada tempatnya)

2- Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.  
Wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

3 - Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan memcengkam bumi. 
Yang Bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin - Hablu minAllah

4 - Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. "
Oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil. 
Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang semanis-manisnya. 
Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.